Ceramah Klik Dengan Bijak SMK Riam 2019

1 November 2019 | Aktiviti Terkini

Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Ia bertujuan untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (Bijak Internet).

Selain itu, ceramah ini juga bertujuan untuk mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain. Pendidikan seperti ini amat penting kerana ia mendidik pengguna untuk lebih bersedia dan dapat mengenal pasti ancaman yang membahayakan mereka. Akhir sekali, ceramah ini diadakan untuk mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali